BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

sEk@d@r rEnUnG@n

" Janganlah kebencian kamu terhadap seseorang itu menyebabkan kamu berlaku tidak adil kepada mereka...berlaku adillah....kerana sesungguhnya ia lebih hampir kepada TAQWA "


(Al-Maidah : 8)

w@j@H2 s@y@ (O_*)

w@j@H2 s@y@ (O_*)

mY L@gU2....

Thursday, June 11, 2009

pOkOk eP@L....


Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokon epal yang amat besar, rendang dan berbuah lebat. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main disekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya dan adakalanya dia sering berehat lalu terlena diperdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permaiananya begitu juga dengan pokok tersebut.

Masa terus berlalu, budak lelaki itu telah meningkat remaja. Dia tidak lagi menghabiskan setiap masanya bermain disekitar pokok epal itu. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih....
" marilah bermain-main disekitarku," kata pokok epal itu.
" aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab remaja lelaki itu. Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membeli permainan," tambah remaja lelaki tersebut dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata " Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang lalu belilah permainan yang kamu suka,". Budak remaja itu memetik buah-buah yang ada dengan gembiranya lalu pergi dari situ. Dia tidak kembali selepas itu, pokok epal itu merasa sedih tanpa kehadiran budak itu.

Masa terus berlalu, suatu hari datang seorang lelaki dewasa datang menghampiri pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang gemar bermain disekitar pokok epal dahulu. Pokok epal itu merasa begitu gembira. " marilah bermain-main disekitarku," ajak pokok epal itu. " aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan perasaan yang gembiranya. Pokok epal itu turut gembira kerana dapat membantu budak itu sekali lagi, namun dia tutr merasa sedih kerana budak itu mungkin tidak akan kembali untuk bermain disekitarnya lagi.

Suatu hari yang cerah, seorang lelaki menghampiri pokok epal itu. Pokok epal itu merasa gembira kerana lelaki yang menghampirinya adalah budak lelaki yang dahulu. Kini budak lelaki itu telah matang dan bertambah dewasa. " Marilah duduk disekitarku;" pelawa pokok epal itu. "Maafkan aku, aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main disekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak ada bot. Bolehkah kau membantuku?" tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk diberikankepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot." cadang pokok epal itu. Lelaki itu merasa gembira lalu menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan perasaan gembira dan tidak kembali lagi.

Setelah bertahun lalu, pada suati hari datang seorang lelaki yang semakin di mamah usia menghampiri pokok epal tersebut. Dialah budak lelaki yang pernah bermain disekitar pokok epal itu suatu masa dulu. " Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepadamu. Aku sudah memberikan buah-buahku untuk kau jual, dahan-dahanku untuk kau buat rumah dan batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati...,"kata pokok epal itu dengan nada sayu...

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakanya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya dan aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku sudah tidak mampu untuk belayar...aku cuma berasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki itu. " Jika begitu, berehatlah diperduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat diperdu pokok epal itu...lalu mereka berdua menangis kegembiraan....


MORAL OF STORY...

Andaikan la pokok epal itu...kedua org tua kita....sewaktu kecil..kita sering bermain dengan mereka..apa sahaja kehendak kita mereka akan cuba penuhi...namun bila diri kita menginjak dewasa, kita mula membawa haluan sendri..masa yang diluangkan untuk bersama mereka semakin kurang..namun mereka tetap membantu kita walaupun kadang2 mereka tak mampu. Kita sering tinggalkan mereka dan kembali sekiranya kita berda di dalam kesusahan, namun begitu mereka tetap membantu dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan anak-anak mereka bahagia dan gembira dalam hidup....sayangilah kedua mereka selagi hayat yang ada...selagi mereka masih bernafas di muka bumi ini..kerana...kematian itu sesuatu yang pasti...hidup insyallah.....;))





0 comments: