BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

sEk@d@r rEnUnG@n

" Janganlah kebencian kamu terhadap seseorang itu menyebabkan kamu berlaku tidak adil kepada mereka...berlaku adillah....kerana sesungguhnya ia lebih hampir kepada TAQWA "


(Al-Maidah : 8)

w@j@H2 s@y@ (O_*)

w@j@H2 s@y@ (O_*)

mY L@gU2....

Wednesday, June 24, 2009

bUk@n SEk@d@r CiNt@...

Bukan Sekadar Cinta….

“ titipkanlah cintaku kepadanya…hanya dengan itu dia mampu mengerti….”

“ Jangan lupakan abang dan jaga diri baik-baik,”..itulah pesan darinya saat kali terakhir kami berbual di telefon yahoo messenger. Setahun berlalu, kini tiada berita lagi yang kudengar darinya. Semuanya lenyap seakan tiada apa yang berlaku..tapi mengapa namanya tetap terpahat kukuh di sudut hati kecilku ini. Mengapa namamu?...Eddry Iskandar…Hadir dirinya tak pernah ku impikan, begitu juga kehilangannya tak pernahku relakan. Saat mentari melabuhkan tirainya, suasana bertambah kelam namun memori lama menjelma kembali.

Mata Leesya terkebil-kebil memandang siling di ruang kamarnya. Penat sudah dia bergolek ke kanan dan kiri katil bagi melelapkan mata tapi masih belum berjaya untuk tidur..otaknya ligat berfikir…ishh..apa nk buat ye? Mata tak mengantuk lagi…erm…bosannya…sedang aku berfikir...mataku memandang ke arah lap top kesayanganku..yes..main yahoo messenger la…hik..hik…mataku ligat mencari kenalan yang ada dalam senarai rakan-rakan yahoo dan klik…

Leesya_533792 : Assalamualaikum..hai tok ;))busy ker?..huhuhu

Tok Wan : Waalaikumusalam..hai leesya.. xder la..Tok ngh wat grafik ni..sorry tau klo Tok lmbt bls..:)

Leesya_533792 : x per…sorry la klo gnggu Tok wat keja..saje je tegur2 ;)) Eh…eh…saper tu Tok? Yang pakai bju melayu tu? Kem salam ek? hahahahahaha

Tok Wan : ok..ok..x pe Tok balas tp lmbt ckit je…tu kawan Tok..kawan dari kecik2 dlu…jap..leesya add id dia..is_badboys

Leesya_533792 : ok leesya add dah….cantik la rambut dia..

Tok Wan : ok..sembang elok2 ye…

__________________________________________________

Leesya_533792 : Assalamualaikum…

Is_badboys : ii..wsalam…selamat kenalan

Leesya_533792 : hai..selamat2…pandai awak jaga rambut ek? ;))

Is_badboys : ok..awak yg mana satu? Ada dlm pc Tok Wan tu ka?

Leesya_533792: yup..saya

Is_badboys: ingat dah..yang pakai tudung warna pink kan?

Leesya_533792: ya saya…hehehehe…

Sungguh indahku rasakan, hari-hariku dihiasi dengan senyuman-senyuman manis dibibir. Begitu ringkas bibit awal perkenalan antara kami, terlalu ringkas! Namun ia sangat bermakna. Tidakku sangka dengan bermula hanya ucapan sampaikan salam melalui Tok Wan aku dapat mengenalinya. Satu ketidaksengajaan yang nyata kerana niatku hanya mahu mengusik Tok tapi disebalik itu aku dapat mengenali dia. Mengenalinya dirinya, aku banyak belajar tentang erti realiti kehidupan, tentang kejujuran dan keikhlasan. Sebegini lama aku melayari internet dan ber “ym” cukup sukar untuk aku temui insan-insan yang jujur tentang dirinya dan serasi denganku. Bukan tiada tapi ia sukar untuk ditemui kerana kekangan yang nyata adalah “ym” ini hanya satu medium yang sukar untuk kita menilai kejujuran dan keikhlasan seseorang, Walaubagaimanapun masih ada insan-insan lain yang jujur dalam “ym” yangku kenali seperti Diana, kak lady, Tok, Ann, Zari, Fazrin, Vio, Clone, Amin, Wani dah ramai lagi. Mereka inilah rakan-rakanku yang rapat di dalam dunia maya ini yang sering kutemui.

Saban hari aku mengisi ruang-ruang cuti semester ini dengan melayari internet, sambil mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan thesis. Selain membantu mak dengan melaksanakan tugas-tugas hakiki seorang anak gadis seperti mengemas, memasak dan juga menjada anak sedaraku yang comel. Aku lalui hari-hari dengan rutin yang sama, mungkin bagi yang mendengar pasti ia sesuatu yang membosankan tetapi tidak padaku, kerana hanya ketika cuti aku dapat berbuat demikian. Maka masa yang ada akan ku manfaatkan sebaik mungkin untuk berbakti pada keluargaku kerana setelah kukembali melaksanakan tugasku sebagai seorang pelajar aku tidak bisa untuk melakukan kerja-kerja demikian. Apatah lagi aku berjauhan dengan keluargaku yang berada diselatan tanah air.

Masa terus berlalu, diam tak diam aku berada di minggu terakhir untuk menikmati cuti semester ini. Tugas hakiki sebagai pelajar harus kupikul kembali. Aku harus kembali ke Universiti bagi menjalani kembali kehidupan sebagai pelajar tahun dua pasca siswazah. Secara tidak langsung hubunganku dengannya juga akan berakhir. Tugasnya sebagai “free lance” akan tamat apabila projeknya siap dan dia juga akan kembali ke kampung halamannya di Alor Star. Ini bermakna kami akan berpisah. Dia akan kembali ke kehidupan asal dan aku pula akan menjalani kehidupan sebagai pelajar. Ku ingat lagi tarikh terakhirku ber “ym” dengannya 9 Jun 2009.

Leesya_533792 : Esok pagi Sya dh nak naik bas..Nak lik UPM…


Is_badboys : Dah nk balik UPM ke? X leh ke postpone..balik la lusa ke?


Leesya_533792 : x leh… td pon Kolej dah call…ader perjumpaan ngn Pengetua utk setelkan..so Sya kena ada kat sana Jam 2 Ptg..so by hook or cook kena gak lik esok ;))


Is_Badboys : ye ker? dh nak tinggal kan Is Takmo snyum dah ke? Bak la cam..Is nk tngok gigi dia tu…nanti dah x leh nk tengok..


Leesya_533792 : Jap2…nanti ja……Sya on cam..;))



Is_Badboys : Cak…nampak dh gigi putih dia..=)) Jom dengar lagu sama2 nak x? Lagu ni ader adik tu bg kat Is…Is bagi dekat Sya plak..Lirik dia best gile..ok?


Leesya_533792 : yup..mmg best…lyrics dia mmg meaningfull…


Is_Badboys : Hold ...hold Me For A While …i know this was last forever…so hold me tonight…before the morning take you away… What's that sparkle in your eyes..? Is it tears that I see?... Oh tomorrow you are gone… So tomorrow I'm alone Short moments of time.. We have left to share our love…

Sya..napa..muram je…bual2 la nanti lepas ni payah dah kan..


Leesya_533972 : ada ni..ngah menghayati lagu…lagu ni sedey sgt la… ;))


Is_badboys : nanti kat sana, klo Sya dengar lagu ni, Sya mesti ingt Is..Bila Is turun sawah..Is bawak mp3 dengar lagu ni..Is akan ingat kat Sya..hihihihi..Lagu ni sya simpan kat Sya sendiri..Jangan bagi kat sapa2…


Leesya_533972 : InsyAllah…Sya simpan lagu ni…erm ok la Is..dh lewat ni..Sya pon nk kemas2 barang..InsyAllah…ader rezeki kita sembang lain…jaga diri baik2 k


Is_Badboys : ok Sya..nanti jaga diri elok2..ingat abg selalu..syg abg x?


Leesya_533972 : agak2 abg..Sya sayang x? hihihihihihihihi…sayang kot…hahahahaha suka ek org sayang? Klo x sayang?


Is_Badboys : sayang x?.iiiiiiiiisssssssssshhhhhhhhh….suka la sbb ada org ingt dah sayang kat kita…lalalalalalala…klo x sayang…eeeeeeerrrrrrrrrrrmmmmmmmmm


Leesya_533972 : hahahahahahahaha…ok la…time out..daaaaa~~assalamualaikum..


Is_Badboys: ok2..meh nk kiss dlu….muah pipi kanan..muah pipi kiri…n muah kat atas dahi…jaga diri sayang elok2..ingat abg selalu..waalaikumusalam…


Semudah ia bermula, begitu mudahnya ia berakhir…itulah kali terakhir kami ber“ym”…kerana selepas ini..haluan kami berbeza..perkenalan kami seakan biasa seperti perkenalan dengan insan-insan lain didunia maya ini tapi penyudahnya cukup berbeza, kami tidak bertukar nombor telefon dan juga alamat. Mana mungkin hubungan ini akan berkekalan kerana pasti kami sukar berhubung lagi. Hubungan kami hanya berlangsung di dunia maya. Mungkin bagi dirinya perkenalan kami hanya sebatas itu..didalam dunia maya, bukan hingga ke dunia realiti. Teringat akan kata-katanya dunia realiti tak sama dengan dunia maya. Aku memahami akan prinsip dirinya dan redha akan kententuan yang telah ditakdirkan. Aku cukup bersyukur kerana dapat mengenalinya walaupun hanya seketika. Andai ada jodoh antara kami, pasti dia akan hadir tanpa diduga. Seiring dengan janji ALLAH SWT, setiap yang DIA cipta adalah berpasangan.


Biar waktu silih berganti, matahari dan bulan setia menemani diriku, aku tetap harus melangkah. Mengejar cita-citaku demi membina kehidupan yang lebih sempurna. Kenangan bersama dirinya tetap terpatri dihati dan seringkali itu juga sekalung doa ku panjatkan kehadrat ILLAHI, agar dirinya sentiasa berbahagia dengan kehidupannya, sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh-NYA. Kenangan indah itu terlalu sukar aku luputkan dari ingatan, kerana hanya dengan kenangan itu aku dapat merasai kehadiranya.

nukilan,

miey

11 comments:

Faz Fazrin said...

nurkilan yg baik. bertambah baik bila de nama fazrin tu,ehheehheehe

dunia maya dan sebenar, memang berbeza......

Anonymous said...

aah betol2..bertambah baik lgi ble ade nama diana tu..lgi baik dr nama fazrin..kan kan kan..ehehe..good job kak miey..muahhhhhhhhhhhh

Faz Fazrin said...

ye la..depa semua baik2

@wEkc@sPeR said...

huhuhuhuhu...semua baik ye...namo jeles2 faz =))
hahahahahaha....thnks ya..sbb sudi membaca ;))

Faz Fazrin said...

nak jeles gak!!!!!!!

@wEkc@sPeR said...

uit?awatnya nk jeles2?
addeeiiii...tel me...tell me...y?nk jeles2?

Faz Fazrin said...

saja cari pasal,hahaha

@wEkc@sPeR said...

mmg nk cari pasal la ni?
wakakakakakakakaka

Faz Fazrin said...

kelako la (icon gelak guling2)

Natasha said...

fuh katam jugak aku entry ni... berjela... nama aku tadak... huh.. haktuih...

aku dengki ni... kah kah kah....

ala akak... dunia sudah maju... bukan zaman dulu2... nak balik pun kena naik feri... hehehe...

@wEkc@sPeR said...

alamak?tinggai ka tasha?huk2...x per2 t story laen akk buh nama ang sbg watak utama...mmg la berela..nama pon cerpen....ape la abg ni =))