BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

sEk@d@r rEnUnG@n

" Janganlah kebencian kamu terhadap seseorang itu menyebabkan kamu berlaku tidak adil kepada mereka...berlaku adillah....kerana sesungguhnya ia lebih hampir kepada TAQWA "


(Al-Maidah : 8)

w@j@H2 s@y@ (O_*)

w@j@H2 s@y@ (O_*)

mY L@gU2....

Saturday, December 12, 2009

~~cInt@ pErT@m@~~

Cinta pertama!

“Dengan sinaran kasihmu,

Kian terancang hidupku

Tiada lagi keraguan

Kau bagiku kekuatan

Mana jua kau berada

Di temani cahaya cinta”

“Aku tak peduli..aku tetap nak luahkan isi hati aku pada dia..ni saja peluang yang aku ada..lagi pun bulan depan kita semua akan tamat pengajian, masing-masing akan bawa haluan sendiri.. aku tak tahu samada aku ada peluang lagi untuk berjumpa dengan dia atau tidak?” Luahan Adib.

“Aku paham Dib dan sememangnya itu yang patut kau buat dari dulu lagi, dari mula kau suka dengan dia..masa yang tinggal semakin suntuk Dib..kalau kau betul-betul suka dan ikhlas mencintai dia…aku sebagai sahabat akan menyokong tindakan kau..pergilah berterus terang dengan dia.” Kata-kata Hazrin memberi suntikan semangat kepada Adib.

Sekian lama dia memendam perasaan sayang terhadap seorang gadis. Gadis yang berjaya mencuri hatinya dengan senyuman yang manis dah raut wajah yang lembut. Ya! Gadis itu telah bertakhta dihatinya sejak bertahun lalu, seawal dia melangkah kaki mengejar cita-cita. Tapi bagaimana harus dia meluahkan segala isi hati dia? Berdepan dengan gadis itu atau melalui surat? Adib bermonolog sendirian….

________________________________****_______________________________________

“ Hei..apa ni? Tak nampak orang ke?” gerutu Adib. Habis berterabur buku-buku yang dikendongnya tadi.

“ Maaf…saya tak sengaja..saya nk cepat ini…saya minta maaf sangat-sangat..saya kena pergi dulu.” gadis itu terus berlalu tanpa menoleh semula ke arah Adib. Mata Adib terpaku di situ.

“ Hoi! Yang kau termenung kat sini buat apa? Penat kami tunggu kau dekat dalam, marilah..” sergah Hazrin. Adib masih terpaku. Diam. Hazrin pelik dengan tingkahlaku Adib sehinggalah dia menampar bahu Adib.

“Ah…eh..kau..Rinz, bila sampai…mana kawan-kawan kita yang lain?” kata Adib terperanjat.

“Diorang tunggu kita kat dalam Dib, kenapa kau lambat?..erm…marilah..nanti bising pulak mereka..”ucap Hazrin. Pelik dengan tingkahlaku Adib, sahabat baiknya itu.

Sejam berlalu, akhirnya pembahagian tugas dan perbincangan pada petang itu berjalan dengan lancar. Kata sepakat telah dibuat. Masing-masing tersenyum lega, langkah pertama telah selesai dan seterusnya mereka akan berkumpul semula agar pembahgian tugas terhadap ahli dapat dikumpulkan semula. Adib dan Hazrin mula mengatur langkah kembali ke kolej kediaman memandangkan kelas pada petang tersebut telah dibatalkan.

“Adib..kalau aku nak tanya kau sesuatu boleh?” Tanya Hazrin.

“Eh..sejak bila pulak kau ni pandai nak minta-minta izin dulu ni? Selalu main redah je?” tawa Adib bergema.

“ Takde la..aku cuma nak tanya kenapa kau lewat tadi? Lepas tu…bila aku tegur kau, aku tengok kau macam tenung sesuatu je? Kau ok ke ni? Kalau kau ada apa-apa masalah, kau ceritalah..aku sedia mendengar..lagi pun aku kan sahabat kau?”

Hanya sengihan Adib menjawab segala pertanyaan Hazrin. Biarlah ia menjadi rahsia hatinya untuk ketika ini. Belum masanya untuk dia bercerita kepada sesiapa. Bukan untuk menyorokkan perasaan yang baru berputik tapi dia sendiri tidak yakin dengan perasaannya itu lagipun dia masih ingat akan janjinya sewaktu melangkah masuk ke universiti ini. Keutamaannya ialah mengejar cita-citanya.

_______________________________***___________________________________

Deringan telefon bimbitnya di meja belajar mengganggu sedikit tumpuannya menelaah. Tanpa membuang masa Adib menjawab panggilan dari sahabatnya, Hazrin.

“Woi!..Kau kat mana ni? Kitakan ada perbincangan kumpulan kejap lagi..kau lupa ke? Aku tunggu kau kat tempat biasa ok?”

“Ya Allah…aku lupalah Rinz..ok..ok sekejap lagi aku sampai. Kau bagitau yang lain, aku lewat sikit. ‘Sorry’ ok.”

Adib dengan pantas bersiap, menyarung T-shirt Polo Sport warna putih dipadankan dengan jeans Levi’s 501 dan semburan Allure Sport melengkapkan panampilannya. Kelam kabut Adib mengatur langkah. Bimbang kelewatannya membuatkan rakan-rakan yang lain memarahinya walaupun sememangnya dia layak di marah. Sungguh! dia memang terlupa akan perbincangan yang telah diaturkan seminggu lalu. Dia bukan sengaja. Langkah demi langkah cuba dipercepatkan supaya dia segera sampai ke perpustakaan. Tanpa disedari tiba-tiba….

Gedebuk! bunyi sesuatu terjatuh…

“Ouch! Sakitnya….”

“Maaf..awak tak apa-apa? Saya tak perasan tadi..awak ok ke ni?boleh jalan?”

“ Tak pe..saya ok…Cuma kaki saya terseliuh sikit..bukan salah awak pun..salah saya jalan tak pandang depan..”

“ Betul ke awak ok ni? Kalau tak ok baik awak pergi ke klinik..dapatkan rawatan..sekali lagi saya minta maaf..saya tak perasan tadi” ujar Adib dengan nada kesal sambil membantu mengutip buku-buku yang bertaburan di tangga perpusatakaan.

“ Tak pe..bukan salah awak..tak perlu minta maaf…silap saya jugak..maafkan saya..terima kasih” ucapnya gadis itu sambil mengambil huluran buku-bukunya.

“Rasanya ini kali kedua kita berdentum kan? Oh ya!...saya Adib Affendy..panggil Adib je..”

“ Ha’ah kan?ni kali kedua saya ter“accident” dengan awak…maafkan saya pasal kejadian hari tu..saya betul-betul nak cepat..tu yang kelam kabut sampai terlanggar awak..saya Idayu…Seri Idayu..erm..saya kena minta diri dulu..jumpa lagi..”

Sebelum melangkah pergi, Idayu sempat memberi senyumanya. Adib membalas senyuman dan huluran salam yang dibalas dengan rapi.

_____________________________***______________________________________

Dewan kuliah pagi itu riuh dengan suara-suara pelajar. Masing-masing sibuk dengan hal-hal tertentu, ada yang bergosip, ada yang sibuk menelaah dan ada juga yang masih ‘mamai’. Tuntuan sebagai seorang pelajar IPTA dilalui sama seperti pelajar lain. Adib menuju ke tempat yang selalu menjadi ‘port’ dia dan rakan-rakan. Tugasan, amali, ujian semester dan ditambah dengan aktiviti-aktiviti kolej menjadi rencah hidup yang harus dilalui setiap pelajar. Dia tahu, itu tanggungjawab yang harus dipikul sebagai seorang pelajar dan ini juga merupakan sebahagian daripada mengejar cita-citanya.

Tiba-tiba dewan kuliah menjadi sunyi sepi. Semua pelajar terdiam. Seorang wanita melangkah masuk ke kelas. Wanita yang berusia lewat 40-an, berbaju kurung sutera dengan corak abstrak berwarna warni. Wajahnya tipis dengan alat solek. Penampilan yang ringkas tapi mampu menjadi perhatian pelajar-pelajarnya. Prof. Dr. Azariah, seorang pensyarah yang berdedikasi dalam menyampaikan pengajarannya.

Kelas selama 2 jam itu berlalu tanpa disedari. Segala tumpuan pada kelas telah habis setelah Prof. Dr. Azariah melangkah keluar dari dewan kuliah tersebut tapi mereka ditinggalkan dengan tugasan yang perlu diselesaikan dan dihantar pada minggu berikutnya. Pelajar-pelajar lain berebut keluar dari dewan kuiah tersebut dan menuju ke destinasi masing-masing.

“Woi! Jom sarapan? ‘port’ biasa ok!” pelawa Rinz pada teman-temannya.

“Orait..jom!” sahut teman yang lain.

Sudah sejam mereka duduk di café. Dalam sejam itu bermacam perkara yang mereka bualkan. Rata-rata mengenai alam pekerjaan. Inilah topik yang menjadi kegemaran bagi pelajar-pelajar tahun akhir selain dari topik perbincangan mengenai projek ilmiah tahun akhir.

Perbualan rancak antara Adib dan teman-temannya segera terhenti. Matanya tertumpu kepada seorang gadis yang baru melangkah masuk ke café itu. Langkah yang meriangkan pandangannya. Hantinya berbunga riang. Mekar seperti bunga-bunga krisantimum yang terhias indah di dalam café. Cinta hatinya muncul didepan mata!

Saat terpandangkan Idayu, teman-teman Adib terus tersenyum antara satu sama lain. Jadi inilah gadis yang sering menjadi igauan mimpi Adib. Seorang gadis manis berusia 21 tahun, berambut ikal mayang, hidung kecil terletak, mempunyai alis mata yang lentik dan cantik. Sekali terpandang pasti akan menoleh kali kedua untuk melihat raut wajah gadis itu kembali.

“ she’s gorgeous!” bisik hati Adib.

Di kaunter bayaran, Idayu berdiri dan mengeluarkan not RM 10 untuk membayar makanan yang dibeli. Sekadar sandwich untuk mengalas perutnya pagi ini. Dia menoleh ke bahagian kanan café dah ternampak Adib dan rakan-rakannya. Dia memandang Adib dengan senyuman manis yang terukir di bibir sambil menunduk hormat. Setelah wang baki dikembalikan, Idayu berlalu keluar dari café tapi langkahnya terhenti apabila namanya di panggil oleh seseorang.

“Idayu, seminit…Ayu nak cepat ke? Boleh kita berbual sekejap?” Tanya Adib.

“Ya saya…naper Adib? Ada apa-apa yang leh Ayu tolong?” jawab Idayu.

“ Erm..macam ni..boleh tak kalau Adib nak jumpa Ayu..ahad ni, kat Sunway jam 3 petang?” ujar Adib dengan nada gementar. Takut akan pelwaannya di tolak oleh Idayu. Dia nekad, mungkin ini waktu yang terbaik untuk dia ambil peluang. Perasaan malu dan gementar harus di atasi untuk mendapatkan sesuatu yang pasti. Ya! Dia kena yakin dengan dirinya.

Pantas Idayu membalas dengan senyum manisnya “ Ok..hari ahad ni..kita jumpa di Sunway..jam 3 petang. Kita jumpa nanti.” Idayu mengangguk dan berlalu.

Adib membalas senyuman yang diberikan sambil memerhati Idayu berlalu keluar dari café. Alhamdulillah langkah pertama mebuahkan hasil. Temujanji telah di aturkan. Kini Adib harus menyusun kata-kata untuk meluahkan isihatinya. Hatinya 50-50 samada Idayu akan menerima atau menolak. Segalanya masih berkemungkinan. Apa pun sebagai lelaki dia harus berani meluahkan. Ya!

________________________________***________________________________

Malam melabuhkan tirainya. Langit cerah ditemani bintang yang bergemerlapan, bulan sabit menyuluh kepekatan malam. Suasana malam sungguh mengasyikkan beserta deruan angin yang mendamaikan. Tapi hati Adib tidak berlabuh dengan tenang. Dalam samar kegelapan, hatinya merindui seseorang. Seseorang yang mampu mencengkam jiwanya, mampu mengubah warna-warna hidupnya. Sukar untuk dia melupakan senyuman gadis itu seolah senyuman itu telah terpahat kukuh dihatinya.

Pertama kali bertemu, dia tahu dia telah terpikat pada raut senyuman itu. Sungguh!. Tapi, pertemuan pertama tidak menjanjikan apa-apa, namun takdir telah menentukan, insiden kedua berlaku dan disitulah bermula segalanya. Detik perkenalan antara dia dan Seri Idayu. Huluran salam disambut mesra. Hubungan mereka berlansung seperti norma-norma hubungan yang lain. Masing-masing mengutamakan pelajaran, kerana itulah mereka serasi berkawan. Tanpa disedari bibit-bibit perasaan sayangdihati Adib mula bercambah meskipun dia tak pasti tentang perasaan Idayu. Dan esok dia akan meluahkan segalanya. Pasti!

____________________________________***_______________________________

Hatinya berdebar-debar. Adib mula rasa gelisah. Memang dia sengaja datang awal dari waktu yang dijanjikan. Masih ada 15 minit lagi sebelum jarum jam bergerak ke angka 3. Adib cuba mengumpul segala kekuatan. Cuba berlagak tenang meski hatinya berkocak kencang. “Ya ALLAH..aku bermohon kepadaMU, permudahkanlah urusan hambaMU ini, berikanlah aku secebis keyakinan dari kesempurnaanMU, sesungguhnya hanya ENGKAU yang mengetahui apa yang terbaik untukku…amin” doa Adib dalam hati.

Dari jauh Adib memerhati langkah Idayu menuju kearahnya dengan senyuman yang terukir dibibirnya. Sungguh dia tertawan dengan senyuman itu.

“Assalamualaikum…hai Adib..dah lama awak tunggu? Maaflah kalau Idayu terlewat.” Sapa Idayu.

“Waalaikumusalam..hai…erm…tak lah…awak tak lewat pun…saya yang sengaja datang awal...” Jawab Adib sambil tersengih.

“Idayu..apa kata kita jalan-jalan dulu..‘then’ baru kita makan nak?” pelawa Adib.

“Orait!..jom” Balas Idayu.

Deretan kedai dilalui. Dari satu kedai ke satu kedai mereka jelajahi. Sudah sejam mereka ‘tawaf’ dalam ‘mall’ tersebut. Kini mereka menuju ke restoran Kelantan delights. Sambil menikmati juadah yang dipinta, pelbagai topik yang dibincangkan. Kisah zaman kanak-kanak, rentetan warna-warni hidup sebagai remaja dan juga impian masing-masing. Ternyata ada keserasian antara mereka. Sesiapa yang melihat pasti mengatakan bahawa mereka pasangan yang ideal. Hati Adib semakin tertawan dangan sikap dan tingkahlaku Idayu. Walaupun gadis ini dibesarkan dalam arus kemodenan, tapi perilakunya sentiasa dijaga dan masih ada batasan-batasan dalam perhubungan. Senyuman yang sentiasa terukir di bibir gadis itu sentiasa menenangkan jiwanya.

“Mahal tempat ni. Baik makan kat warung biasa.” Kata Idayu selepas mereka habis menikmati hidangan. Selepas pelayan selesai membersihkan meja untuk sajian penutup.

“Sesekali ok. Tu pun nak bising.” Balas Adib sambil menhirup air minumannya. Membasahkan tekak yang masih terasa bahang pedas sup tom yam. Sengaja Adib memilih Restoran ini sebagai tempat menjadi saksi. Suasana yang tenang dan ruang yang sedikit privasi memudahkan Adib untuk melafazkan kata-katanya. Hemburan nafas dilepaskan perlahan-lahan.

“Erm..Idayu..ada sesuatu yang Adib nak katakan. Adib harap Idayu bagi peluang kat Adib untuk mengatakan sesuatu.” Bicara Adib.

“Adib nak cakap apa? Adib ada apa-apa masalah? Kalau ada ceritalah…Idayu leh dengar..” Balas Idayu.

“Bukan masalah….Adib ok…erm Cuma….” Tergagap Adib untuk mulakan bicaranya. Peluh kelihatan memercik di dahinya. Sungguh dia gementar untuk mengutrakan segalanya.

“Cuma apa? Bagitau je lah..” Hati Idayu mula berdebar-debar.

“Idayu..mungkin Idayu akan cakap Adib main-main…tapi Adib betul-betul ikhlas..sebenarnya Adib dah lama sukakan Idayu, sejak dari mula kita bertemu. Adib tahu, kita masih lagi belajar..perjalanan hidup kita masih jauh, tapi tak salah rasanya untuk Adib berterus terang. Adib nak Idayu tahu yang Adib benar-benar sayangkan Idayu. Adib nak hubungan ini lebih dari seorang rakan. Mungkin Idayu boleh mengatakan yang Adib ni gila atau terburu-buru, tapi percayalah…Adib benar-benar ikhlas. Izinkan Adib bertakhta di hati seorang gadis yang bernama Seri Idayu…itu permintaan Adib..hanya itu…kalaupun Idayu sukar untuk menerima Adib..Adib harap kita masih dan akan kekal sebagai kawan” adib menarik nafas lega, akhirnya terluah juga segala isihatinya. Namun, debaran tetap ada…jawapan dari Idayu!.

Berkerut kening Idayu. Bukan dia tidak faham tapi agak terkejut dengan kenyataan itu. Sungguh dia terkejut dengan apa yang Adib luahkan. Adakan ini mimpi bagi dirinya? Cuba di cubit pahanya. Ouch!..terasa sakit..ternyata dia tidak bermimpi!. Adib benar-benar didepan mata dan meluahkan segalanya.

Pandangan mata mereka bersatu. Sukar untuk ditafsirkan jawapan yang bakal dia terima. Hatinya kembali gelisah. Adib menunggu jawapan dari Idayu dengan penuh kesabaran.

“Adib…sungguh Idayu tak sangka yang Adib menyimpan perasaan pada Ayu. Ayu….Ayu tak tahu nak cakap apa…”
Balas Idayu.

Jelas raut kehampaan tergambar dimuka Adib. Dia harus terima hakikat bahawa Idayu tidak mungkin dapat menerimanya. Walauapapun, sekurang-kurangnya Adib dah berjaya meluahkan isi hatinya. “Tak apa lah Idayu..Adib faham…kita tak boleh memaksa orang untuk menyukai kita kan? Idayu jangan bimbang, Adib tak berkecil hati..kita masih boleh berkawan kan?”

“Adib….jangan salah sangka…bukan Idayu tak boleh menerima Adib…Adib dengarlah dulu penjelasan dari Idayu…Adib…sekiranya Adib meminta kasih dari Idayu..Idayu tak mampu memberikannya kerana kasih Idayu hanya pada ALLAH SWT..kalau Adib meminta cinta Idayu..Idayu dah pun serahkan cinta itu hanya pada RASULULLAH SAW…andai Adib meminta kasih dan sayang Idayu…Idayu hanya berikannya kepada kedua ibu dan ayah idayu tercinta, tapi Adib meminta untuk berada di hati Idayu…dan janji Idayu akan membenarkannya andai Adib benar-benar menghargainya…” jawab Idayu sambil tersenyum dan mengangguk.

“Syukur…alhamdulillah…” Adib menarik nafas lega…kini hanya senyuman yang terukir di bibir mereka……

____________________________________________________________________

CINTA PERTAMA ADALAH CINTA YANG TERBAIK DIANTARA SEMUA SIRI CINTA YANG PERNAH DILALUI. SUATU KENANGAN TERINDAH YANG TIADA GANTINYA……

Nukilan,

miey@awek casper

3.41 am

Tuesday, November 24, 2009

~~kIs@h rUmPUt~~

Pada suatu pagi, disebuah sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang? Macam mana juga kasih sayang itu boleh dikekalkan?

Cikgu: Oh, awak nak tahu ke? Ermm baiklah, sekarang kamu buat apa yang cikgu suruh. Ikut je ye..mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang boleh saya buat cikgu?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, kamu pilih mana rumput yang PALING cantik tanpa menoleh kebelakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada sehelai pun rumput yang berada ditangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu: Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak rumput yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu kata tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik.

Cikgu: Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari yang lebih baik daripada itu. Kita patut menghargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang dah berlaku telah berlalu. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut.

Dan ingatlah, orang yang kita sayang itulah yang paling cantik kita jumpa dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAh jika perhubungan tersebut tak boleh deselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada didepan kita dengan tulus dan ikhlas


sumber : SAMs Club




~~10 pEt@nd@ mEnuNjukk@n di@ @d@l@h jOd0h kit@~~

pabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang lovely perkatakan? Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita ;

1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik.

Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2. Senang atau selesa bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita.

Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3. Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan.

Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini.

Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4. Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita.

Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan.

Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung.

Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka.

Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar.

Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama.

Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan.

Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7. Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar.

Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita.

Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, ‘lidah sendiri lagikan tergigit, inikan pula suami isteri’. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih.

Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8. Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut.Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita.Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita.

Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya. Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9. Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya.Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindak balas pada situasi tertentu.

Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10. Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi.Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya.

Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara. Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Fikirkanlah. Adakah dia jodoh kita..?

“ Manusia merancang, Allah menentukan..”

Friday, November 13, 2009

~~kiT@ sUk@ @w@k...~~

"awak....awak....tunggu la..naper jalan laju2 ni....penat taw sy keja awak...tengok tu...muncung itik dh kuar...hikhikhik...comey la awk wat muka mcm tu....rase mcm..."
"rase ape??ish..ish...dh la...sy kena pergi dlu ni...nnt lambat plak...awak ni...tepi la...x habih2 nk gnggu saya..bluerk :P"....fiqa terus berlalu tanpa menghiraukan panggilan azam..

"selamat pagi kak su...selamat pagi ita" ucap fiqa sesudah sampai di pejabatnya...."letih jew muka?pagi2 dh ade muncung itik?erm...mesti kena kejar la tu kan?.hahahhaah.." tawa kak su bergema...aku?senyum simpul jew la dn terus belalu ke ruang pejabatku...menghempaskan tubuhku ke kerusi yg empuk..melepaskan lelah seketika sebelum memulakan tugas2 hakiki di pejabat...azam...azam..x letih ke dia? tersenyum simpul bila aku memikirkan telatah azam...kadang2 menghiburkan...tp kadang2 merimaskan..

Rutin hariankan berlalu seperti biasa..masuk kerja kol 8.00pg balik kol 5.00ptg..tugas2 hakiki pon sama selama 2 tahun ni...tiada bezanya...segalanya berjalan seperti yg diatur...tiada apa yang menarik melaenkan karenah2 rakan sepejabat yg mencuit hati..kami bagaikan satu keluarga besar yang saling memahami dn mengambil berat antara satu sama laen..kak su kuanggap spt kakakku sendiri..bnyk luahan hatiku yg tersimpan padanya.

Perjalanan hidupku juga hanya seindah biasa, seperti rakan2 seusiaku..cuma yang membezakannya mereka telah memiliki keluarga sendiri sedangkan aku masih sendiri. Kerapkali aku sering disapa dengan pertanyaan yg sama, bila lagi?tunggu ape lg??..aku buntu untuk menjawab persoalan2 seperti ini...buntu!



bersambung
.....

~knOcK..kNoCk...~~

assalamualaikum warahtamullahi wabarakatuh....

ya ampun....dh berhabuk blog aku ni...bnyk betul sawang2 .....sian la plak....
sorry la...ter"abaikan" jap....sian dia dok sorang2...
x pew2..pasni kembali memblog....jgn risau..pasni x tinggalkan dh....
erm...bnyk sgt benda2 yg berlaku...semuanya meletihkan minda...huhuhu...
jap ek..nk cari idea....jap gi post sumthing.....daaaaaaaaaa

wassalam...

Monday, August 31, 2009

w@nit@????

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.....

erm..last entry tok bulan ni..huhuhu...biasanya org ckp konservatif ni berfikiran kolot..kuno..ketinggalan zaman la...tp sejujurnya miey mmg suka ngn ciri2 wanita melayu..yg sopan..jage tatatertib..manis senyuman...payah gak la nk ikot betul2 ciri2 wanita melayu ni...tp aper2 pon perempuan tetap perempuankan?walau mcm maner pon...naluri kewanitaan tu akan terserlah pada masa2 tertentu...bnyk yg tersirat disebalik yg tersurat..sebagai seorang perempuan..at least kena taw (bukan la thp expert mcm chef) asas masakan...kena taw asas jahitan..dh kemahiran2 laen..bukan nk tunjuk bgus..tp bila berlaku keadaan2 tertentu..kita leh survive dlm hidup...n as a women gak..kita kena sentiasa bersedia...tok menjadi andartu, hidup bermadu dan janda..sumer ni kita kena pk sbb kita x taw aper akn jd pada masa depan..at least bila kita dh berfikir..kita ada la jln2 kuar..bukan la nk minta jadi mcm tu..cuma bersedia je..miey taw setiap perempuan nk menjadi seorang wanita yg sempurna..yg mempunyai ibu n ayah yg disayangi...suami yg penyanyang..anak2 yg comey...n hidup dlm kebahagian...n kekal sehingga akhir hayat kan??jadi klo kita nk sumer tu..kita kena nilai dri kita..klo kita nk yg terbaek..kita kena wat yg terbaek dlu...miey pon sentiasa mengingatkan dri miey...sekian..wassalam

merdek@ k@ @ku?

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

erm..jumpe lagi....huhu..hari Malaysia menyambut kemerdekaan yang ke 52..alhamdulillah...masih bertahan kemerdekaan kita....slogan thn ni "rakyat didahulukan, perpaduan diutamakan"..miey x nk la ulas bnyk pasal merdekanya Malaysia..miey cuma nk persoalan tu kita lihat dlam diri kita sendiri...betul ke miey dh merdeka?erm...org ckp merdeka tu kita bebas...kita berhak wat pe yg kita nak dalam hidup...layak wat keputusan sndri....erm..betul ke??miey x taw org laen..tp ni pandangan peribadi miey...sebenarnya sebagai manusia kita x pernah merdeka...kita cuma ada hak tuk merasai sedikit kebebasan yg sementara...sbb aper taw miey ckp mcm ni..ok sebagai anak..kita x kan merdeka dr ibu bapa...sebagai isteri kita xkan merdeka dr seorang suami...sebagai hambaNYA..kita hanya merdeka apabila di hisab segala-galanya....so?fikir2 kan la....adakah kita benar2 merdeka...

Wednesday, August 26, 2009

~~sEd@y@ mUngKin...~~

Assalamualaikum...

hari ni miey nk luah sesuatu dari hati miey...ape yg miey rasa n pendam...miey taw miey bukanlah seorang kawan yg baik pd semua org...wlpn sehabis daya miey cuba tuk jadi kawan yg baik...miey akui miey agak berhati2 dlm mengenali seseorang...miey aviod aper2 yg mengecilkan hati miey...apa yg org judge miey..miey taw..miey sukar nk bgtaw org yg kadangkalo miey terasa ngn percakapan mereka..x pe la..miey leh pendam...sbb miey percaya..hanya kita yg leh pujuk hati kita sendri..bukan org lain...tp x prnah ke terlintas kat hati2 mereka..tntng pertuturan yg miereka ungkapkan?x rasa bersalah ke mereka bila mngatakan sesuatu tnpa memikirkan hati org yg mendengar...ye miey akui..miey mmg payah nk memahami...miey x pandai dlm bersahabat...tp perlu ke setiap kesalahan ditunding ke atas miey?hanya miey ke yg silap?hanya miey kurang memahami?kecewa....yup..mmg miey kecewa...sampai miey rasa aku ni mcm x berguna lgsg..sbb x memahami kwn sndri..x layak kot tok miey bersahabat ngn org2 di luar sana...klo benar miey ni mmg bukan seorang yg memahami...tinggalkan la miey...jgn lg menghubungi miey...cukup setakat ini...miey takot andai satu hari nnt tiada lagi rasa hormat miey...wlpn sbg kawan...miey mohon ampun n maaf pd semua kawan2 n sahabat2 yg ada..andai miey ni seorang yg kurang memahami..mungkin inilah kelemahan miey yg nyata....maafkan miey....wassalam

Saturday, August 15, 2009

SeNG@Lzzzzzz huhu!

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh….

Hai…hoi…hui…kikikiki…hari ni nk giler kuasa jap..nk lepaskan tension…huhuhu…sebenarnya miey sedey…tp wat2 x sedey la…bukan aper..ni luahan hati miey…baca taw…klo x baca ngn baik..miey suro pk ck din langgar korang…wakakakakaka…(pk ck jgn wat2 pitam mcm dapat bil)…cam ni…miey ade id ym..miey_646439…id ni dh lama miey guna since miey 15 thn..mase tu join mirc..so?dh 11 th la umor id tu…tp skunk ni masalahnya…(bukan miey wat cipta masalah…) ader org telah mengubah pssword id tu…sampai miey x leh on…sungguh kejam…kijam…kojam(pk ck din taip mcm ni la)…ye la..klo miey ni suka cari pasal…x pe la gak…ni klo dlm room…takot2 nk pihak mic..takot2 nk sing (wlpn sore x sedap…nk sing gak!)..x de plak nk cakap bnda2 x senonoh kan?huhuhu…nasib2…x pe la..nk wat mcm ner?miey doakan semoga org yg buat ainaya(betul ke ejaan ni)…dapat hidayah…(tukar la balik ke pssword asal!)..bukan aper…miey nk buka email je..tu yg penting..yg laen2 tu x kisah….huhuhu….kesian la kt ambo ni…demo jgn la wat ambo gini..ambo dok rela…isk…wassalam….

tOlOng...toLoNg...toLOnG..plzzzzzz!!!!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Hai…berjumpa lagi…minggu ni terlebih rajin plak…nk wat entry…lama dok menyepi..tetiba rasa mcm bnyk benda nk entry…hik3…kali ni miey nk tnya la kan?er…kolej mi nk wat amazing race…so…miey as penasihat kena wat clue..(confidential…bg adil kt sumer)…so..miey create la clue..seperti dibawah ni…agak2 la korang2 kan..leh x budak2 ni carik kt maner point nya???? Sumer check point ni doang kena cari based on clue yg miey wat….bg la pendapat…agak2 senang ke susah clue ni??

1)Salam merdeka membentuk perpaduan,
Ukhwah di jalin memberi erti,
Menjadi penghubung antara 2 ‘halaman”,
Indah rekaannya unik sekali. Jwpn:?????

2)Sejarah lampau mengusik kenangan,
Zaman dijajah penuh ketakutan,
Menutupi alam melindungi bulan,
Suasana kelam menambah kesuraman. Jwpn:?????

3)52 tahun lalu janji dimeterai,
Membina perpaduan menyatukan hati,
Sering melindungi dari terik mentari,
Juga kesejukkan di malam hari Jwpn:????

4)Berdiri tegak menghormati lagu kebangsaan,
Lagu dinyanyikan penuh keazaman,
Ruang berkumpul ketika kecemasan,
Demi menyelamatkan diri dari kebakaran. Jwpn:????

5)Jati diri memainkan peranan,
Demi membangkitkan semangat kemerdekaan,
“teknologi pembuatan” semakin mengancam
Disediakan ruang bagi kemudahan. Jwpn:????

6)Berkumpul bersama memberi semangat,
Demi menambah keyakinan pasukan,
Mari menuju kegarisan penamat,
Gelanggang yang satu menjadi rebutan. Jwpn:???

p/s: tempat2 ni sumer dlm kawasan kolej je…miey rase klo bg direct sgt…senang depa menang…tp takot la klo clue2 ni payah plak depa nk phm…cm ner ek???sumer ni tempat awam…mmg sekitar kolej…so…miey perlu sgt2 pandangan korang…games ni nak maen esok mlm…huhu..pllllllzzzzzzzzzzz

Friday, August 14, 2009

m@k@n...m@k@n...m@k@n...

Assalamualaikum Warahamtullahi Wabarakatuh….

Kita nk post lagi…hik2…saje je…ni coretan masa kak eila ngn suaminya blanje family…bukan whole la tp sebahagian la (kopak kot klo kak eila blanja whole…wakakakakaka)..tp adik tabik toink…toink…thanks sis eila n bro zul(abg. Iparku yg berasal dr n9)…sbb menu mase mlm tu mmg best la..masakan not bad…mmg ok sgt2 la mlm tu..ngn kecoh sbb anak2 sedara ku (juga sebahagian je…8 orang)..yg paling seronok tu mak join!...sbb mak saya ni payah nak kn kt luaq..jenuh klo nk ajaq mkn luaq..klo x membebel mmg bukan mak la jawabnya!...hahahahah…sorry mak…adik gurau2 je…tp mmg betul la kan..mak mmg payah nk diajak mkn luaq…ok la nk upload gmba x leh lagi…sbb gmbo2 kt jB..dlm camera kak chot…tp miey post je la menu2 masa mlm tu…huhu..mner taw..leh bg idea kat ampa..nk order aper…kan?kan?kan?

1) Nasi Putih La Kan….

2) Ikan Siakap Masak 3 Rasa ( x yah nk komen bnyk2 la…hik3)

3) Ikan Siakap Stim Limau (sedap gak..first time cube..slalu stim halia…hahahahah)

4) Tom Yam Chiang Mai (ni mmg best la…sedap sgt2!)

5) Tom Yam Udang (special tok mak..sbb mak x mkn ayam!..ni fakta)

6) Kerabu Mangga (tetiba menjadi kesukaan…mcm ner ni???)

7) Kailan Ikan Masin (salah satu menu wajib…dsbbkan mak x suka kankung order la kailan..heheheh)

8) Telur Dadar (menu wajib tok anak2 kak eila…doang ni hantu telur..x der tellur..x nk makan!Ceh)

9) Sotong Goreng Tepung

10) Burung Puyuh Goreng (mmg kesukaandiriku ini..fuh!)

11) Air - Milo “O” Satu Jug

Fresh Orange – Satu Jug

Laici – Satu Jug

Air Suam Sbg Tambahan

So all the expenses abg zul la yg bayar….huhuhu RM191.60….murahkan???ni sumer makanan tok 14 org nyer makan…10 golongan dewasa…4 kanak2…1 baby tu ckit (2 thn)..1 lagi bayi mumayis (8bulan)…sekian....wassalam