BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

sEk@d@r rEnUnG@n

" Janganlah kebencian kamu terhadap seseorang itu menyebabkan kamu berlaku tidak adil kepada mereka...berlaku adillah....kerana sesungguhnya ia lebih hampir kepada TAQWA "


(Al-Maidah : 8)

w@j@H2 s@y@ (O_*)

w@j@H2 s@y@ (O_*)

mY L@gU2....

Saturday, June 27, 2009

sUs@hNy@ n@k mEm@h@mi h@ti sEndIri..huk2

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..



huhuhu...bertemu kembali...erm..hari ni mcm nk luahkan je aper yg terpendam...bukan la nak marah pada ssiapakan...cuma x puas hati kat diri sendri jew..susah sgt kita nk phm apa yg ade kat hati sndri..bukan nk taw hati org laen...tp hati sndri...naper ek?



erm..nak kata x der matlamat hidup...semuanya dh jelas...dh rancang..n so far...sumer berjalan ngan baek tu pasal kerjaya la ka...tp ni pasal hati dan perasaan...adeeiii...susah sgt nk phm ni! rumit sgt la klo apa2 yg berkaitan ngn hati ni kan? nape miey ckp cam ni ek?...sbb yg nyata sgt2..kita sukar nk dapatkan apa yg kita nak...huhu..jgn silap kawan2...miey bukan nk menidakkan takdir ALLAH SWT...miey percaya akn janji2NYA...cume ni sekadar luahan jew...jgn silap andaian k!plzzzzzzzzz



bg miey..terlalu sukar kita nak dapatkan ape yg kita nak..such as..klo kita dah suka kat seseorang itu kan?n dia plak layan kita ngn baek...tp bila saat mluahkan..bnda2 tu seakan nothing?naper jd mcm ni? layan kita sikitnyer baik...tp nothing?wah....membara je kan..tp bila direnung2 kan, bukan jodoh la tu...mungkin yg laen...tp biler datang yg laen...hati ni x nak la plak? bisik hati kecil..hati n perasaan x leh dipaksa...aduuiiii....tu yg miey jadi x phm? aper yg kita nak sebenarnya...org sumer ckp...terima la org yg sayang kita lebey dari kita sayang kat dia...tp fair ke cm tu?maner kita nk taw..dia syg betul2 ke maen2? kang kita terima jew..hati plak mcm x brape nk ikhlas? so..tell me..tell me..nk wat cm ner?hahahahahaha




pengakhiran nyer...mudah je...merayaplah kamu di waktu se per tiga malam...ke bilik air...berwuduklah...dh beristikarah lah...tu sebaik2 jalankan...huhuhu..taw dah...tp saje nk menggatai taip lam ni...wakakakakakkakaka



wassalam

Wednesday, June 24, 2009

bUk@n SEk@d@r CiNt@...

Bukan Sekadar Cinta….

“ titipkanlah cintaku kepadanya…hanya dengan itu dia mampu mengerti….”

“ Jangan lupakan abang dan jaga diri baik-baik,”..itulah pesan darinya saat kali terakhir kami berbual di telefon yahoo messenger. Setahun berlalu, kini tiada berita lagi yang kudengar darinya. Semuanya lenyap seakan tiada apa yang berlaku..tapi mengapa namanya tetap terpahat kukuh di sudut hati kecilku ini. Mengapa namamu?...Eddry Iskandar…Hadir dirinya tak pernah ku impikan, begitu juga kehilangannya tak pernahku relakan. Saat mentari melabuhkan tirainya, suasana bertambah kelam namun memori lama menjelma kembali.

Mata Leesya terkebil-kebil memandang siling di ruang kamarnya. Penat sudah dia bergolek ke kanan dan kiri katil bagi melelapkan mata tapi masih belum berjaya untuk tidur..otaknya ligat berfikir…ishh..apa nk buat ye? Mata tak mengantuk lagi…erm…bosannya…sedang aku berfikir...mataku memandang ke arah lap top kesayanganku..yes..main yahoo messenger la…hik..hik…mataku ligat mencari kenalan yang ada dalam senarai rakan-rakan yahoo dan klik…

Leesya_533792 : Assalamualaikum..hai tok ;))busy ker?..huhuhu

Tok Wan : Waalaikumusalam..hai leesya.. xder la..Tok ngh wat grafik ni..sorry tau klo Tok lmbt bls..:)

Leesya_533792 : x per…sorry la klo gnggu Tok wat keja..saje je tegur2 ;)) Eh…eh…saper tu Tok? Yang pakai bju melayu tu? Kem salam ek? hahahahahaha

Tok Wan : ok..ok..x pe Tok balas tp lmbt ckit je…tu kawan Tok..kawan dari kecik2 dlu…jap..leesya add id dia..is_badboys

Leesya_533792 : ok leesya add dah….cantik la rambut dia..

Tok Wan : ok..sembang elok2 ye…

__________________________________________________

Leesya_533792 : Assalamualaikum…

Is_badboys : ii..wsalam…selamat kenalan

Leesya_533792 : hai..selamat2…pandai awak jaga rambut ek? ;))

Is_badboys : ok..awak yg mana satu? Ada dlm pc Tok Wan tu ka?

Leesya_533792: yup..saya

Is_badboys: ingat dah..yang pakai tudung warna pink kan?

Leesya_533792: ya saya…hehehehe…

Sungguh indahku rasakan, hari-hariku dihiasi dengan senyuman-senyuman manis dibibir. Begitu ringkas bibit awal perkenalan antara kami, terlalu ringkas! Namun ia sangat bermakna. Tidakku sangka dengan bermula hanya ucapan sampaikan salam melalui Tok Wan aku dapat mengenalinya. Satu ketidaksengajaan yang nyata kerana niatku hanya mahu mengusik Tok tapi disebalik itu aku dapat mengenali dia. Mengenalinya dirinya, aku banyak belajar tentang erti realiti kehidupan, tentang kejujuran dan keikhlasan. Sebegini lama aku melayari internet dan ber “ym” cukup sukar untuk aku temui insan-insan yang jujur tentang dirinya dan serasi denganku. Bukan tiada tapi ia sukar untuk ditemui kerana kekangan yang nyata adalah “ym” ini hanya satu medium yang sukar untuk kita menilai kejujuran dan keikhlasan seseorang, Walaubagaimanapun masih ada insan-insan lain yang jujur dalam “ym” yangku kenali seperti Diana, kak lady, Tok, Ann, Zari, Fazrin, Vio, Clone, Amin, Wani dah ramai lagi. Mereka inilah rakan-rakanku yang rapat di dalam dunia maya ini yang sering kutemui.

Saban hari aku mengisi ruang-ruang cuti semester ini dengan melayari internet, sambil mencari maklumat-maklumat berkenaan dengan thesis. Selain membantu mak dengan melaksanakan tugas-tugas hakiki seorang anak gadis seperti mengemas, memasak dan juga menjada anak sedaraku yang comel. Aku lalui hari-hari dengan rutin yang sama, mungkin bagi yang mendengar pasti ia sesuatu yang membosankan tetapi tidak padaku, kerana hanya ketika cuti aku dapat berbuat demikian. Maka masa yang ada akan ku manfaatkan sebaik mungkin untuk berbakti pada keluargaku kerana setelah kukembali melaksanakan tugasku sebagai seorang pelajar aku tidak bisa untuk melakukan kerja-kerja demikian. Apatah lagi aku berjauhan dengan keluargaku yang berada diselatan tanah air.

Masa terus berlalu, diam tak diam aku berada di minggu terakhir untuk menikmati cuti semester ini. Tugas hakiki sebagai pelajar harus kupikul kembali. Aku harus kembali ke Universiti bagi menjalani kembali kehidupan sebagai pelajar tahun dua pasca siswazah. Secara tidak langsung hubunganku dengannya juga akan berakhir. Tugasnya sebagai “free lance” akan tamat apabila projeknya siap dan dia juga akan kembali ke kampung halamannya di Alor Star. Ini bermakna kami akan berpisah. Dia akan kembali ke kehidupan asal dan aku pula akan menjalani kehidupan sebagai pelajar. Ku ingat lagi tarikh terakhirku ber “ym” dengannya 9 Jun 2009.

Leesya_533792 : Esok pagi Sya dh nak naik bas..Nak lik UPM…


Is_badboys : Dah nk balik UPM ke? X leh ke postpone..balik la lusa ke?


Leesya_533792 : x leh… td pon Kolej dah call…ader perjumpaan ngn Pengetua utk setelkan..so Sya kena ada kat sana Jam 2 Ptg..so by hook or cook kena gak lik esok ;))


Is_Badboys : ye ker? dh nak tinggal kan Is Takmo snyum dah ke? Bak la cam..Is nk tngok gigi dia tu…nanti dah x leh nk tengok..


Leesya_533792 : Jap2…nanti ja……Sya on cam..;))



Is_Badboys : Cak…nampak dh gigi putih dia..=)) Jom dengar lagu sama2 nak x? Lagu ni ader adik tu bg kat Is…Is bagi dekat Sya plak..Lirik dia best gile..ok?


Leesya_533792 : yup..mmg best…lyrics dia mmg meaningfull…


Is_Badboys : Hold ...hold Me For A While …i know this was last forever…so hold me tonight…before the morning take you away… What's that sparkle in your eyes..? Is it tears that I see?... Oh tomorrow you are gone… So tomorrow I'm alone Short moments of time.. We have left to share our love…

Sya..napa..muram je…bual2 la nanti lepas ni payah dah kan..


Leesya_533972 : ada ni..ngah menghayati lagu…lagu ni sedey sgt la… ;))


Is_badboys : nanti kat sana, klo Sya dengar lagu ni, Sya mesti ingt Is..Bila Is turun sawah..Is bawak mp3 dengar lagu ni..Is akan ingat kat Sya..hihihihi..Lagu ni sya simpan kat Sya sendiri..Jangan bagi kat sapa2…


Leesya_533972 : InsyAllah…Sya simpan lagu ni…erm ok la Is..dh lewat ni..Sya pon nk kemas2 barang..InsyAllah…ader rezeki kita sembang lain…jaga diri baik2 k


Is_Badboys : ok Sya..nanti jaga diri elok2..ingat abg selalu..syg abg x?


Leesya_533972 : agak2 abg..Sya sayang x? hihihihihihihihi…sayang kot…hahahahaha suka ek org sayang? Klo x sayang?


Is_Badboys : sayang x?.iiiiiiiiisssssssssshhhhhhhhh….suka la sbb ada org ingt dah sayang kat kita…lalalalalalala…klo x sayang…eeeeeeerrrrrrrrrrrmmmmmmmmm


Leesya_533972 : hahahahahahahaha…ok la…time out..daaaaa~~assalamualaikum..


Is_Badboys: ok2..meh nk kiss dlu….muah pipi kanan..muah pipi kiri…n muah kat atas dahi…jaga diri sayang elok2..ingat abg selalu..waalaikumusalam…


Semudah ia bermula, begitu mudahnya ia berakhir…itulah kali terakhir kami ber“ym”…kerana selepas ini..haluan kami berbeza..perkenalan kami seakan biasa seperti perkenalan dengan insan-insan lain didunia maya ini tapi penyudahnya cukup berbeza, kami tidak bertukar nombor telefon dan juga alamat. Mana mungkin hubungan ini akan berkekalan kerana pasti kami sukar berhubung lagi. Hubungan kami hanya berlangsung di dunia maya. Mungkin bagi dirinya perkenalan kami hanya sebatas itu..didalam dunia maya, bukan hingga ke dunia realiti. Teringat akan kata-katanya dunia realiti tak sama dengan dunia maya. Aku memahami akan prinsip dirinya dan redha akan kententuan yang telah ditakdirkan. Aku cukup bersyukur kerana dapat mengenalinya walaupun hanya seketika. Andai ada jodoh antara kami, pasti dia akan hadir tanpa diduga. Seiring dengan janji ALLAH SWT, setiap yang DIA cipta adalah berpasangan.


Biar waktu silih berganti, matahari dan bulan setia menemani diriku, aku tetap harus melangkah. Mengejar cita-citaku demi membina kehidupan yang lebih sempurna. Kenangan bersama dirinya tetap terpatri dihati dan seringkali itu juga sekalung doa ku panjatkan kehadrat ILLAHI, agar dirinya sentiasa berbahagia dengan kehidupannya, sentiasa dilindungi dan dirahmati oleh-NYA. Kenangan indah itu terlalu sukar aku luputkan dari ingatan, kerana hanya dengan kenangan itu aku dapat merasai kehadiranya.

nukilan,

miey

Saturday, June 20, 2009

dUh@i h@ti....

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....

alhamdulillah....bertemu kembali...hikhikhik...erm...hari ni meiy nak share..it's all about "hati"...erm..dlm kehidupan kita "hati" amat2 memainkan peranan walaupun penerajunya akal kan???erm..agak sukar bile kita nk berbicara tntng hati..seringkali kita mmbuat kesilapan ketika mahu memilih yg terbaik...tiada kayu pengukur khusus utk kita taw sejauhmana kejujuran seseorang tp sebagai manusia..kita masih boleh mengukur..sejauhmana keikhlasan dan kejujuran "hati" kita sndri....kerana itu lebih bermakna..untuk apa kita mempertikaikan keikhlasan dan kejujuran "hati" org laen? mencari kesalahan mereka hanya akan menambahkan kesengsaraan di"hati" tp memperbaiki kehidupan, kita akan menambahkan keteguhan "hati" kita sndri....

Mencintai dan dicintai..satu perasaan yg teramat indah..ia akan membuat hidup kita seindah dlm angan2 yg tiada batasan..."hati" kecil akan menyanyikan lagu2 riang tanpa henti...senyum dibibir x kan lengkang...hari2 suram bertukar menjadi warna2 pelangi yang indah..begitulah kebahagian yg dirasai sekiranya "hati" kita telah terpaut pada seseorang yg menyayangi dan mencintai kita. Apalagi jika insan yang dicintai itu memenuhi segala citarasa..."hati" akan berkembang ibarat bunga mawar yang sedang berkembang cantik dan mengeluarkan bau yg harum...Namun yang indah itu hanya bersifat sementara...sesungguhnya tiada yang kekal....tp apabila "hati" dikhianati, didustai dan dicalar dgn luka yang terlalu sukar untuk dirawat, dan di ubati kerana lukanya tidak kelihatan...dan ia pasti berbekas di"hati'....Disini lah insan2 seperti kita akan terlena seketika..kita lupa disebalik kegembiraan "hati" akan ada juga kesengsaraan yang akan menghampiri...

Saat2 seperti ini.."hati' juga masih memaenkan peranan...kekuatan utk berdiri semula dan memulakan langkah bg meninggalkan kenangan silam didahului dengan "hati"...tanpa kekuatan "hati" kita mungkin tidak mmpu utk melangkah..menyusun langkah kehidupan yg baru dan seterusnya terus berlari mencipta kebahagian yg baru...

Ia nmpak terlalu ringakskan? tp ia tidak semudah ABC...tanpa keikhlasan...ketabahan...kesungguhan..keyakinnan.."hati" kita belum tntu mampu....ia juga x semudah utk melafazkan sperti kata2..kerana kenangan2 silam pastu ada yg menghantui...keteguhan dan kekuatan "hati" lah yg mmpu utk memadamkannya..."hati"..ia sesuatu kurniaan yang tidak terhingga dari ALLAH untuk kita perlihara..."janganlah kita terlalu mengikut kata "hati' ketika marah mengusai diri..kerana ia akan mmbawa kita kearah kehancuran...tp ikutlah kata "hati" bila kita berada didalam keadaan yang tenang...kerana ia akan mmbawa sejuta kebaikkan...duhai "hati".....


Friday, June 19, 2009

y@ng dIk@t@k@n k@w@n i@L@h....

  • jika kamu berbakti kepadanya...dia akan melindunginya...
  • jika kamu merapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatanmu...
  • jika kamu memerlukan pertolongan darinya, dia akan membantumu...
  • jika kamu menghulurkan kebaikkan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik...
  • jika dia mendapat sesuatu kebajikan daripadanya, dia akan menghargai kebaikkanmu...
  • jika kamu meminta sesuatu bantuan, dia akan mengusahakanya...
  • jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, dia akan menutupkannya...
  • jika kamu berdiam diri, dia akan menanyakan kesusahanmu..
  • jika sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan bebananmu...
  • jika kamu berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkannya...
  • jika kamu merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantumu...
  • jika kamu berselisih faham dengannya, nescaya dia akan mengalah demi menjaga persahabatannya dengan mu...

" Hai manusia..kasihanilah diri kamu, kerana sesungguhnya kamu tidak berdoa kepada Tuhan yang tuli dan tidak pula yang ghaib...sesungguhnya kamu berdoa kepada Tuhan yang Maha Mendengar, Maha Dekat dan DIA ada beserta dengan kamu..." -muslim-


Maka ingatlah ALLAH SWT selalu dan bertawakkal kepadanya....

Saturday, June 13, 2009

13 t@nd@ @nd@ teL@h j@tUh cInt@..

jika anda ingin tahu sama ada anda telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara berikut:

1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.

2. Anda akan sentiasa merindui dia.

3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.

4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.

5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.

6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.

7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.

8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.

9. Dia sentiasa di fikiran anda.

10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.

11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.

12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.

13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.


sumber: http://www.tentangcinta.com

Thursday, June 11, 2009

pOkOk eP@L....


Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokon epal yang amat besar, rendang dan berbuah lebat. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main disekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya dan adakalanya dia sering berehat lalu terlena diperdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permaiananya begitu juga dengan pokok tersebut.

Masa terus berlalu, budak lelaki itu telah meningkat remaja. Dia tidak lagi menghabiskan setiap masanya bermain disekitar pokok epal itu. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih....
" marilah bermain-main disekitarku," kata pokok epal itu.
" aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab remaja lelaki itu. Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membeli permainan," tambah remaja lelaki tersebut dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata " Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang lalu belilah permainan yang kamu suka,". Budak remaja itu memetik buah-buah yang ada dengan gembiranya lalu pergi dari situ. Dia tidak kembali selepas itu, pokok epal itu merasa sedih tanpa kehadiran budak itu.

Masa terus berlalu, suatu hari datang seorang lelaki dewasa datang menghampiri pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang gemar bermain disekitar pokok epal dahulu. Pokok epal itu merasa begitu gembira. " marilah bermain-main disekitarku," ajak pokok epal itu. " aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" tanya budak itu. "Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya." pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan perasaan yang gembiranya. Pokok epal itu turut gembira kerana dapat membantu budak itu sekali lagi, namun dia tutr merasa sedih kerana budak itu mungkin tidak akan kembali untuk bermain disekitarnya lagi.

Suatu hari yang cerah, seorang lelaki menghampiri pokok epal itu. Pokok epal itu merasa gembira kerana lelaki yang menghampirinya adalah budak lelaki yang dahulu. Kini budak lelaki itu telah matang dan bertambah dewasa. " Marilah duduk disekitarku;" pelawa pokok epal itu. "Maafkan aku, aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main disekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak ada bot. Bolehkah kau membantuku?" tanya lelaki itu. "Aku tidak mempunyai bot untuk diberikankepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot." cadang pokok epal itu. Lelaki itu merasa gembira lalu menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan perasaan gembira dan tidak kembali lagi.

Setelah bertahun lalu, pada suati hari datang seorang lelaki yang semakin di mamah usia menghampiri pokok epal tersebut. Dialah budak lelaki yang pernah bermain disekitar pokok epal itu suatu masa dulu. " Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepadamu. Aku sudah memberikan buah-buahku untuk kau jual, dahan-dahanku untuk kau buat rumah dan batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati...,"kata pokok epal itu dengan nada sayu...

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakanya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya dan aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku sudah tidak mampu untuk belayar...aku cuma berasa penat dan ingin berehat," jawab lelaki itu. " Jika begitu, berehatlah diperduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat diperdu pokok epal itu...lalu mereka berdua menangis kegembiraan....


MORAL OF STORY...

Andaikan la pokok epal itu...kedua org tua kita....sewaktu kecil..kita sering bermain dengan mereka..apa sahaja kehendak kita mereka akan cuba penuhi...namun bila diri kita menginjak dewasa, kita mula membawa haluan sendri..masa yang diluangkan untuk bersama mereka semakin kurang..namun mereka tetap membantu kita walaupun kadang2 mereka tak mampu. Kita sering tinggalkan mereka dan kembali sekiranya kita berda di dalam kesusahan, namun begitu mereka tetap membantu dan sanggup melakukan apa sahaja asalkan anak-anak mereka bahagia dan gembira dalam hidup....sayangilah kedua mereka selagi hayat yang ada...selagi mereka masih bernafas di muka bumi ini..kerana...kematian itu sesuatu yang pasti...hidup insyallah.....;))





hoLd mE fOr @ wHiLe

Hold, hold me for a while
I know this won't last forever

So hold, hold me tonight

Before the morning takes you away


Hold, hold me for a while

I know this won't last forever

So hold, hold me tonight

Before the morning takes you away


What's that sparkle in your eyes?

Is it tears that I see?

Oh tomorrow you are gone

So tomorrow I'm alone

Short moments of time

We have left to share our love


Hold, hold me for a while

I know this won't last forever

So hold, hold me tonight

Before the morning takes you away


We're in each others arms
Soon we're miles apart
Can you imagine how I'll miss,

Your touch and your kiss?

Short moments of time

We have left to share our love


Hold, hold me for a while

I know this won't last forever

So hold, hold me tonight

Before the morning takes you away


Hold, hold me now,
From dusk all night to dawn
Save, save me now,

A short moment of time


Hold, hold me for a while

I know this won't last forever

So hold, hold me tonight

Before the morning takes you away


Takes you away


~~@nt@r@ cInt@, sUk@ d@n s@y@nG~~

  • Dihadapan orang yang kau cintai, musim dingin berubah menjadi musim semi yang indah
  • Dihadapan orang yang kau sukai, musim dingin tetap saja musim dingin hanya suasananya lebih indah sedikit
  • Dihadapan orang yang kau cintai, jantungmu tiba tiba berdebar lebih cepat
  • Dihadapan orang yang kau sukai, kau hanya merasa senang dan gembira saja
  • Apabila engkau melihat kepada mata orang yang kau cintai, matamu berkaca-kaca
  • Apabila engkau melihat kepada mata orang yang kau sukai, engkau hanya tersenyum saja
  • Dihadapan orang yang kau cintai, kata kata yang keluar berasal dari perasaan yang terdalam
  • Dihadapan orang yang kau sukai, kata kata hanya keluar dari fikiran saja
  • Jika orang yang kau cintai menangis, engkau pun akan ikut menangis disisinya
  • Jika orang yang kau sukai menangis, engkau hanya menghibur saja

  • Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga
  • Jadi jika kau mau berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga.
  • Tapi apabila kau mencuba menutup matamu dari orang yang kau cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama.

  • "Tetapi selain rasa suka dan rasa cinta... ada perasaan yang lebih mendalam.
  • Iaitu rasa sayang.... rasa yang tidak hilang secepat rasa cinta. Rasa yang tidak mudah berubah. Perasaan yang dapat membuat mu berkorban untuk orang yang kamu sayangi.
  • Mahu menderita demi kebahagiaan orang yang kamu sayangi.


Cinta ingin memiliki. Tetapi Sayang hanya ingin
melihat orang yang disayanginya bahagia..
walaupun harus kehilangan."